SYARAT SYARAT PERKHIDMATAN
Syarat-syarat Pentauliahan Pegawai Sukarela Askar Wataniah
Syarat-syarat pentauliahan Pegawai Sukarela AW adalah seperti berikut:
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Pegawai Sukarela Askar Wataniah.
Syarat-syarat Kemasukan Anggota Sukarela Askar Wataniah.
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Anggota Sukarela Askar Wataniah.
Syarat-syarat untuk dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi anggota-anggota sukarela AW adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan anggota tetap seperti dalam Skim Perkhidmatan ATM 2013 seperti berikut:
Syarat-syarat Pentauliahan Pegawai Sukarela Askar Wataniah
Syarat-syarat pentauliahan Pegawai Sukarela AW adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 45 tahun. Permohonan melebihi umur 45 tahun boleh dipertimbangkan atas kepentingan perkhidmatan.
- Darjah Kesihatan FE.
- Kelulusan akademik sekurang kurangnya lulus di peringkat SPM atau setaraf.
- Berpangkat sekurang-kurangnye Lans Koperal dan telah berkhidmat dua tahun dalam Angkatan Sukarela. Syarat ini dikecualikan kepada pemohon yang akan dtauliahkan ke unit-unit pakar dan juga pemohon-pemohon yang mempunyai kelulusan ijazah.
- Perlu menghadiri Kursus Bakal Pegawai kecuali pemohon-pemohon yang akan ditauliahkan ke unit-unit pakar, bekas pegawai tetap dan bekas pegawai sukarela AW.
- Lulus Tapisan Keselamatan.
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Pegawai Sukarela Askar Wataniah.
- Mempunyai darjah kesihatan FE serta mempunyai taraf penglihatan 6/6 tanpa kaca mata dan kanta.
- Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh Dipertugaskan Sepenuh Masa.
- Mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
- Mempunyai kelayakan fizikal seperti berikut:
Tinggi minimum 1.62m (lelaki) dan 1.57m (wanita).
Berat badan minimum 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (wanita).
Ukuran dada minimum bagi lelaki adalah 76 sm.
BMI antara 18.0 hingga 23.0
Syarat-syarat Kemasukan Anggota Sukarela Askar Wataniah.
- Mestilah seorang warganegara Malaysia.
- berumur antara 18 hingga 45 tahun.
- Taraf Kesihatan. Calon-calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota untuk menjalankan tugas tentera, mengikut jenis jawatan dan cawangan masing-masing. Taraf kesihatan minima adalah seperti berikut:
- Kelulusan Akademik - Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelulusan SPM/SPMV/STPM/STAM atau setaraf.
DKT mestilah FE.
Fizikal.
Lelaki.
- Tinggi minimum 157 sm.
- Berat minimum 47.5 kg.
- Ukuran dada 76 sm (biasa)
Wanita. - Tinggi minimum 147 sm. - Berat minimum 40.5 kg. - Ukuran dada tidak diperlukan
Wanita. - Tinggi minimum 147 sm. - Berat minimum 40.5 kg. - Ukuran dada tidak diperlukan
- Tamat tingkatan tiga di sesebuah sekolah yang dibantu penuh oleh kerajaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
Syarat-syarat Dipertugaskan Sepenuh Masa Anggota Sukarela Askar Wataniah.
Syarat-syarat untuk dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi anggota-anggota sukarela AW adalah tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan anggota tetap seperti dalam Skim Perkhidmatan ATM 2013 seperti berikut:
- Lulus ujian kesihatan dan mempunyai darjah kesihatan FE.
- Umur tidak melebihi 29 tahun pada tarikh Dipertugaskan Sepenuh Masa.
- Sekurang-kurangnya lulus di peringkat SPM dan setaraf dengan lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujan Lisan), Matematik, Bahasa Inggeris dan salah satu daripada subjek Sains.
- Mendapat pelepasan dari majikan awam jika mempunya pekerjaan awam.
- Seorang anggota sukarela yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dan telah diiktiraf sebagai Prebet.
GAJI DAN ELAUN.
GAJI.
Gaji minimum terendah dan imbuhan tetap khidmat tentera mengikut pangkat yang disandang apabila menghadiri Latihan Berterusan dan Khemah Tahunan seperti berikut:
ELAUN
Elaun-elaun yang dibayar apabila anggota menghadiri latihan dan aktiviti AW seperti berikut:
GAJI.
Gaji minimum terendah dan imbuhan tetap khidmat tentera mengikut pangkat yang disandang apabila menghadiri Latihan Berterusan dan Khemah Tahunan seperti berikut:
| ELAUN LATIHAN BERTERUSAN/KHEMAH TAHUNAN/KURSUS | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| PANGKAT | BRIG JEN | KOL | LT KOL | MEJ | KAPT | LT | LT M | PW I | PW II | SSJN | SJN | KPL | LKPL | PBT | PJM |
| GAJI MINIMA | 6,945.00 | 6,190.00 | 5,425.00 | 4,405.00 | 4,047.00 | 3,238.00 | 2,585.00 | 3,854.00 | 3,599.00 | 3,189.00 | 2,418.00 | 2,298.00 | 1,788.00 | 1,564.00 | 1,459.00 |
| ELAUN KHIDMAT | 800.00 | 600.00 | 550.00 | 525.00 | 400.00 | 350.00 | 300.00 | 220.00 | 220.00 | 160.00 | 160.00 | 115.00 | 115.00 | 115.00 | 115.00 |
| JUMLAH | 7,745.00 | 6,790.00 | 5,975.00 | 4,930.00 | 4,447.00 | 3,588.00 | 2,885.00 | 4,074.00 | 3,819.00 | 3,349.00 | 2,578.00 | 2,413.00 | 1,903.00 | 1,679.00 | 1,574.00 |
ELAUN
Elaun-elaun yang dibayar apabila anggota menghadiri latihan dan aktiviti AW seperti berikut:
| Bil. | Jenis Bayaran | Kadar (RM) | Nota | |
|---|---|---|---|---|
| Pegawai | LLP | |||
| 1. | Elaun Kehadiran | 7.80/jam | 6.00/jam |
Elaun ini dibayar mengikut kehadiran Latihan Tempatan, tidak kurang 2 jam sehari dan jumlah jam tidak melebihi: a) Unit Teknikal-360 jam setahun. b) Unit Bukan Teknikal – 240 jam setahun. |
| 2. | Geran Pakar | 450 | 300 | Untuk pegawai atau anggota didaftarkan dalam unit pakar serta berkhidmat tidak kurang dari satu tahun. |
| 3. | Elaun Pakaian ‘Outfit’. | 400 | Dibayar sekali sepanjang perkhidmatan mulai tarikh pentauliahan seseorang pegawai Angkatan Sukarela. | |
| 4. | Elaun Senggaraan Pakaian. | 250 | Dibayar setiap tahun mulai tahun kedua dari tarikh pentauliahan. | |
| 5. | Elaun Pakaian Istiadat. | 1500 | Boleh tuntut 5 tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan. | |
| 6. | Elaun Pakaian Tauliah Kehormat. | 1000 | Dibayar kepada Pegawai Tauliah Kehormat sekali sepanjang perkhidmatan mulai tarikh tauliah. | |
| 7. | Elaun Pengangkutan | Mengikut kadar tuntutan perjalanan tugas rasmi bagi anggota tetap | Anggota guna kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak tuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu dan tidak melebihi 180 sesi Latihan Tempatan dalam satu tahun. | |
| 8. | Bounti(Saguhati Tahunan) |
(a) Kadar Penuh: RM520 (b) Kadar Tiga Suku : RM390 (c) Kadar Separuh : RM 260 |
Elaun yang dibayar pada akhir tahun ataupun selepas semua latihan bagi tahun itu selesai dilaksanaka Syarat layak ialah mengikut jumlah keseluruhan jam latihan dalam satu tahun: (a) Kadar Penuh: 380 jam (b) Kadar Tiga Suku : 240-379 jam (c) Kadar Separuh : 120-239 jam |
|
| 9. | Latihan berterusan | (Gaji Min + Elaun Khidmat Awam) x Bil Hari Latihan/30 | Gaji minimum mengikut pangkat yang disandang. Minimum jam setiap latihan adalah 72 jam dan tidak melebihi 14 hari. | |
| 10. | Kem Tahunan | Gaji Min + Elaun Khidmat Awam) x Bil Hari Latihan/30 | Gaji minimum mengikut pangkat yang disandang. Minimum jam setiap latihan adalah 72 jam dan tidak melebihi 15 hari. | |