PENGURUSAN LATIHAN

Latihan Tempatan. Latihan Tempatan adalah apa-apa bentuk latihan dan perbarisan tempatan yang dikendalikan oleh pasukan masing-masing antara 2 hingga 12 jam setiap sesi (hari) latihan. Latihan ini dilaksanakan secara flexible (kesesuaian masa) bertujuan melengkap dan memahirkan anggota sukarela dengan perkara-perkara asas ketenteraan.

Latihan Berterusan. Latihan atau arahan sambil bertugas selain latihan tahunan bagi satu tempoh yang berterusan selama 72 jam atau lebih seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak (PBYL). Latihan ini diadakan bertujuan melengkapkan dan memahirkan anggota sukarela dengan tugas-tugas ketenteraan.

Latihan Kem Tahunan. Latihan yang berterusan sebagaimana yang ditentukan oleh PBYL tetapi hendaklah tidak melebihi 15 hari yang diagregatkan dalam setahun. Latihan ini adalah latihan kolektif kemuncak kepada Latihan Tempatan dan Latihan Berterusan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. Latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk melengkapkan anggota AW dengan tugas-tugas ketenteraan dan berjaya mencapai objektif latihan yang ditetapkan.



PENGURUSAN MALPTAAC

LATAR BELAKANG MALPTAAC

Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MaLPTAAC) telah diperkenalkan seawal tahun 1999 oleh bekas Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) ketika itu Mej Ir. Mohammed Zakaraia bin Mohd Nor. Wujudnya MaLPTAAC telah membuka era baru di dalam pasukan Askar Wataniah Malaysia kerana sejak dari tahun itu, pasukan Askar Wataniah telah berjaya diwujudkan dengan aktifnya sehingga kini dalam sistem Politeknik Malaysia. Sejumlah 14 buah Politeknik telah berjaya menubuhkan pasukan Askar Wataniah.

Kerjasama erat juga telah wujud antara politeknik dengan Rejimen-Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri di samping pengiktirafan oleh Kementerian Pertahanan di bawah kelolaan Bahagian Pasukan Simpanan hingga jadual MaLPTAAC telah digazetkan di dalam jadual latihan tahunan sejak tahun 1999 hingga kini. MaLPTAAC juga telah berjaya melatih sejumlah lebih 6600 orang anggota pasukan Askar Wataniah yang terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dalam tempoh tersebut melalui 10 siri MaLPTAAC yang telah dijadualkan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

Setiap siri latihan berjaya menggabungkan kerjasama antara 2 elemen utama iaitu Politeknik Malaysia dan Rejimen Siri 500 AW. Kerjasama erat dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dijalin oleh 2 Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahan Malaysia. MaLPTAAC telah berjaya mencipta namanya/jenamanya yang tersendiri di peringkat nasional dengan konsep latihan yang disusun atur bersesuaian dengan keperluan anggotanya di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). MaLPTAAC juga dikesan telah memberikan satu suntikan semangat kepada pelajar Politeknik Malaysia untuk menyumbang tenaga dan khidmat demi keselamatan negara apabila penyertaan pelajar ke dalam Angkatan Askar Wataniah bertambah setiap tahun.

MaLPTAAC sememangnya menjadi satu sesi latihan yang ditunggu-tunggu oleh warga kampus politeknik kerana ianya memeriahkan suasana kampus, memperlihatkan kekuatan ketenteraan di dalam sistem Politeknik Malaysia di samping boleh digunakan sebagai membantu mencapai matlamat kerajaan memperkukuhkan kekuatan anggota dalam pasukan simpanan. MaLPTAAC juga dilihat sebagai satu ruang penglibatan maksima pelajar dan kakitangan dalam pasukan simpanan.

Tambah membanggakan lagi ramai Pengarah Politeknik Malaysia sedia dipakaikan pangkat sebagai Mejar (Kehormat). Ketua Pengarah, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar juga telah diwartakan dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) malah dimasa akan datang wajar diketengahkan dengan pemakaian pangkat yang lebih tinggi memandangkan kekuatan anggota Askar Wataniah Politeknik Malaysia mencecah kekuatan 2 batalion setiap tahun. Juga akan dicadangkan lebih ramai lagi Pengarah Politeknik Malaysia serta pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Politeknik diberikan peluang menjawat jawatan Kehormat dalam kegemilangan pasukan AW Politeknik.

PENGANJUR MALPTAAC

Siri 1/1999 - Politeknik Ungku Omar, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 2/2000 - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah - Rejimen 513 AW
Siri 3/2001 - Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan - Rejimen 508 AW
Siri 4/2003 - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang - Rejimen 505 AW
Siri 5/2004 - Politeknik Kota Bharu, Kelantan - Rejimen 506 AW
Siri 6/2005 - Politeknik Shah Alam, Selangor - Rejimen 502 AW
Siri 7/2012 - Politeknik Merlimau, Melaka - Rejimen 514 AW
Siri 8/2013 - Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang - Rejimen 509 AW
Siri 9/2014 - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu - Rejimen 512 AW
Siri 10/2015 - Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 11/2016 - Politeknik Ibrahim Sultan, Johor - Rejimen 501 AW
Siri 12/2017 - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah - Rejimen 513 AW
Siri 13/2018 - Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak - Rejimen 503 AW
Siri 14/2019 - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang - Rejimen 505 AW
Siri 15/2021 - Politeknik Banting, Selangor - Rejimen 502 AW
PENGURUSAN KURSUS

RANCANGAN PELAKSANAAN KURSUS DI PUSWATAN BAGI PEGAWAI SUKARELA TAHUN 2020

BIL KURSUS JANGKAMASA
MULA TAMAT
(a) (b) (c) (d)
1 KETUA PLATUN KJJD (S) SIRI KP (KJJD) (S) /1/2020 19 FEB 20 3 MAC 20
2 KETUA KOMPENI KJJD (S) SIRI KK (KJJD) (S) /1/2020 25 MAC 20 7 APR 20
3 STAF DAN TAKTIK GRED 3 KJJD (S) SIRI STG 3 (KJJD) (S) /1/2020 10 JUN 20 23 JUN 20
4 KETUA PLATUN KJJD (S) SIRI KP (KJJD) (S) /2/2020 1 JUL 20 14 JUL 20
5 PEGAWAI KANAN KJJD (S) SIRI PK (KJJD) (S) /1/2020 5 OGOS 20 18 OGOS 20
6 SENJATA BANTUAN PEGAWAI KJJD (S) SIRI SBP (KJJD) (S) 1/2020 (23 SEP 20 6 OKT 20
7 SENJATA BANTUAN PEGAWAI KJJD (S) SIRI SBP (KJJD) (S) 2/2020 13 OKT 20 26 OKT 20


RANCANGAN PELAKSANAAN KURSUS DI PUSWATAN BAGI ANGGOTA SUKARELA TAHUN 2020

BIL KURSUS JANGKAMASA
MULA TAMAT
(a) (b) (c) (d)
1 SENJATA KECIL PTT (S) SIRI SKPTT (S)/1/2020 19 FEB 20 3 MAC 20
2 KAWAD DAN PENTADBIRAN PTT RENDAH (S) SIRI PTTR (S)/1/2020 25 MAC 20 7 APR 20
3 KETAU SEKSYEN (S) SIRI KS(S)/1/2020 10 JUN 20 23 JUN 20
4 BAKAL PEGAWAI (S) SIRI BP(S)/1/2020 1 JUL 20 14 JUL 20
5 SENJATA BANTUAN LLP (S) SIRI SB (LLP)(S)/1/2020 5 OGOS 20 18 OGOS 20
6 PENOLONG KETUA PLATUN (S) Tidak dilaksanakan
7 PTT KANAN (S)


RANCANGAN PELAKSANAAN KURSUS DI PASUKAN BAGI ANGGOTA SUKARELA TAHUN 2020

BIL JENIS KURSUS PERUNTUKAN PENGANJUR
(a) (b) (c) (d)
1. ASAS PERAJURIT MUDA (S) 3 SIRI SETIAP PASUKAN REJIMEN SIRI 500 AW
2. KADAR BAKAL PTT RENDAH (S) 1 SIRI SETIAP PASUKAN REJIMEN SIRI 500 AW
3. ASAS PERISIKAN PASUKAN (S) 1 SIRI KOR/REJIMEN AW
4. ASAS SEMBOYAN (S) 2 SIRI KOR/REJIMEN AW
5. ASAS COMBAT MEDIC (S) 1 SIRI KOR/REJIMEN AW
6. ASAS TEMPUR TANPA SENJATA (S) 1 SIRI REJIMEN SIRI 500 AW


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN HADIR BERKURSUS

  • TELAH MENGHADIRI KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA (S) BAGI BILANGAN 2 HINGGA 5 ATAU BERPANGKAT PREBET KE ATAS.
  • BMI TIDAK MELEBIHI 26.9.
  • TARAF KESIHATAN FE.
PALAPES

KONSEP LATIHAN PALAPES

Latihan PALAPES dilaksanakan selama tiga tahun. Tahun pertama adalah peringkat Junior, tahun kedua adalah peringkat Intermediate dan tahun ketiga adalah peringkat Senior. Pada dasarnya, jenis latihan yang dijalankan di PALAPES adalah mirip kepada latihan Kadet Angkatan Tetap sebagaimana dilaksanakan di UPNM dan ATD - Cawangan Kadet Graduan.